Monday, 4 April 2016

Gambar budak-budak memang menarik

Jangan heran kali ni saya kerap masukkan gambar budak-budak kat blog ni. Wedding job kurang..biasa la..bisnes kadang-kadang naik, kadang-kadang turun..rezeki Allah kurniakan tetap ada cuma masanya belum..

Atas sebab tangkap gambar ni memang hobi yang diminati jadi takde la rasa bosan kalau takde shoot wedding photo. Saya shoot gambar budak-budak la pulak..Dah beberapa minggu ni saya buat dan rasanya banyak jugak hasil saya dapat. Main kamera ni kene aktif baru dapat mantapkan skill. Tak boleh la anggap kalau ade kamera DSLR terus pandai amik gambar. Tak boleh fikir macam tu. Sebab nak dapatkn visual yang baik kene rajin turun padang. Walaupun teorinya kita dah khatam tapi tak semestinya terus dapat gambar yang kaw2 kalau takde latihan amalinya.

Seperkara lagi amik gambar budak-budak ni memang mneyeronokkan. Dah la diorang ni comel-comel. Telatah pulak sentiasa budat kita senyum. Tapi kene pandai jaga la keselamatan diorang. Elakkan benda2 bahaya. Jadi saya kongsikan beberapa lagi gambar yang saya amik minggu lepas untuk tatapan bersama.



















































Itulah antara koleksi yang saya dapat amik hujung minggu lepas. Harap ada yang berminat nak gunakan khidmat saya nanti. Mana tau untuk majlis aqiqah ke..birthday ke..tak pun nak buat koleksi gambar anak2 kat luar. Boleh je..hubungi je saya kat no 012.882.2015..harga mampu milik punya. Tapi gambar insyaAllah..cuba buat yang terbaik untuk anda..nanti sambung lagi..:)

Sunday, 3 April 2016

Damainya ke Kampung Kupang, Saratok


Alhamdulillah....kali ni saya nak ajak menziarahi kampung ayah.. perkampungan yang jarak perjalanan kira-kira 20 minit perjalanan air menggunakan bot laju. Lama betul tak menjejak kaki ke kampung ni. Alhamdulillah...hari tu berkesempatan pulak walaupun tanpa perancangan. Dengan izin Allah semuanya berjalan baik. Anak-anak pulak memang tak pernah merasa naik bot laju macam ni...seronok diorang cakap.

Perkampungan ni walaupun agak kecil tetapi betul-betul memberi impak kedamaian. Syahdu. Kalau diikutkan hati memang nak sangat duduk di kampung gini je. Apa nak buat..dah kerjaya terpaksa di bandar besar.



Ni Kak Long..orang yang penuh tanggungjawab dan memahami setiap adik beradiknya. Kakak memang nak ziarah ayah pun sebab tu masa nak pegi tu tanya dia dulu. Jadi perancangan berjalan lancar la. Nasib bertambah baik sebab ada penduduk kampung yang sanggup bawa kitorang menggunakan dua buah bot. Saya dan kakak naik bot Ketua Kampung manakala 2 anak bujang saya naik yang sebuah lagi. Memang baik hati penduduk kat sini. Diorang tak caj pun malahan masa nak bagi duit minyak diorang cakap memang ikhlas nak tumpangkan. Sebab tu bestnya duduk kampung. Moga dimurahkan rezeki ye bang..:)













Ni adalah beberapa permandangan Kampung Kupang yang boleh kita lihat dari sungai. Yang last sekali tu antara pengangkutan yang biasa digunakan penduduk kampung untuk berulang alik ke Saratok. Jem?..hahaha...tak akan jumpa jem...jadi takde la stress nya..:)



Ni gambar ayah bersama anak dan cucunya..:)



Ni pulak gambar budak-budak tengah seronok bermain buaian kat kampung. ' Wak Pey ' kalau pakai bahasa kampung kitorang. Bestkan. Tak perlukan gadjet untuk jadi seronok. Main buaian sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.



OK, kalau tempat korang benda ni dipanggil apa?..Kat kampung kite, kitorang panggil UDAT.  Sekarang ni jarang lihat orang pakai ni. Gunanya untuk simpan air bagi kegunaan harian.



Ni rumah ayah. Penuh nostalgia. Damai.









Yang ni pulak antara aktiviti harian penduduk kampung. Nelayan. Tempat ni memang banyak udangnya. Tapi hati kena berani dan cekal la kalau nak turun ke sungai. Sebab kat sini antara habitat popular sang bedal.


Tak caya?..ni antara shot yang dapat saya kongsikan. Sang bedal menyusuri pantai dan terus menyelam ke dasar sungai setelah melihat ancaman. Jadi kena hati-hati la kalau kat sungai sini. Baik lah..ni je dapat saya kongsikan sedikit gambar yang saya perolehi masa menziarahi ayah ari tu.

OUTDOOR FAMILY PHOTO

Agak lama rasanya tak updates blog ni..maaf ye..masa yang begitu terhad. Kali ni saya nak kongsikan sedikit hasil masa shoot outdoor untuk gambar keluarga. Penat jugak tapi seronok..lebih-lebih lagi bila tengok hasilnya.


Masa shoot budak-budak ni bukan senang..mencabar jugak..sebab masa aktif dioarang tak macam kita dewasa..modd diorang memang ikut masa...kalau dah kate dia nak tido..nak ajak main macam mana pun memang tak boleh..tu dia..menangis masa mak dia bawa..konon nak ajak bergambar tapi dah dia memang tak mau nak paksa memang tak boleh ni..hihihi...shoot je la masa dia meronta ni..dah besar besok ade jugak dia tengok gambar dia mengamuk ni..hihihi



Tapi kalau mood diaorang baik..fuh..senang je nak shoot..diaorang pasti bagi kerjasama punya..tps nya..bagi diaorang mainan dan biarkan diorang main sebebas nya..tapi kena pastikan tempat atau persekitarannya selamat ye..jangan ada benda bahaya termasuk serangga yang menyengat..:)


Tak perlu la nak buat posing macam-macam kat budak-budak ni..jangan la nak buat posing macam kita suruh pengantin posing..diaorang bukan faham pun..biarkan diorang buat aktiviti diorang..tugas kita carik komposisi dan cahaya yang menarik.


Macam gambar kat atas tu..masa su bapa dia tengah pujuk-pujuk si anak untuk bermain...tapi kalau dapat komposisi menarik gambar pun jadi menarik..ada penceritaan pada gamabr macam tu..


Haaa..kan ada gaya..kalau mood diorang baik...gambar pun pasti menarik..jadi untuk dapatkan mood yang baik kena pastikan diorang ni cukup tido dan makan sebelum nak buat shooting..


Gambar ni saya shoot masa si kakak bergurau dengan adiknya...kakak ni minat kat otromen...adik pulak memang suka kalau kakak dia ajak bergurau...best ka..tak perlu posing maut pun..


Kadang-kadang kita akan jumpa budak-budak yang nampak macam blur tp sebenarnya diorang tengah berfikir tu..sebab kali pertama bergmbar memang macam-macam pertanyaan dalam kepala diorang ni..jadi cuba pelbagaikan prop yang boleh membantu agar mereka tak kekok depan kamera..contoh..bola..:)


Shoot budak yang bawah 1 tahun ni lagi mencabar..sebab diorang memang belum tahu apa itu bahaya..jadi kena jaga betul-betul la..tapi kalau dah dapat shot yang diingini..pasti berbaloi punya.


Gambar adik beradik jangan lupa ya..sebab tu kenangan adik beradik..bila deawasa kelak..gambar tu sangat bernilai untuk mereka..


Menarik kan? Gambar natural yang lebih bercerita..tidak perlu bergaya tapi gunakan kemahiran anda bermain cahaya dan persekitaran..


Jadi kalau berminat nak gunakan khidmat saya sebagai jurugambar anda..boleh lah hubungi saya di talian 012.882.2015...Facebook saya Ismail Rali @ Ismail Rali Pictures untuk page saya..dialu-alukan untuk like dan follow ye...jangan malu-malu..:)