Sunday, 3 April 2016

OUTDOOR FAMILY PHOTO

Agak lama rasanya tak updates blog ni..maaf ye..masa yang begitu terhad. Kali ni saya nak kongsikan sedikit hasil masa shoot outdoor untuk gambar keluarga. Penat jugak tapi seronok..lebih-lebih lagi bila tengok hasilnya.


Masa shoot budak-budak ni bukan senang..mencabar jugak..sebab masa aktif dioarang tak macam kita dewasa..modd diorang memang ikut masa...kalau dah kate dia nak tido..nak ajak main macam mana pun memang tak boleh..tu dia..menangis masa mak dia bawa..konon nak ajak bergambar tapi dah dia memang tak mau nak paksa memang tak boleh ni..hihihi...shoot je la masa dia meronta ni..dah besar besok ade jugak dia tengok gambar dia mengamuk ni..hihihi



Tapi kalau mood diaorang baik..fuh..senang je nak shoot..diaorang pasti bagi kerjasama punya..tps nya..bagi diaorang mainan dan biarkan diorang main sebebas nya..tapi kena pastikan tempat atau persekitarannya selamat ye..jangan ada benda bahaya termasuk serangga yang menyengat..:)


Tak perlu la nak buat posing macam-macam kat budak-budak ni..jangan la nak buat posing macam kita suruh pengantin posing..diaorang bukan faham pun..biarkan diorang buat aktiviti diorang..tugas kita carik komposisi dan cahaya yang menarik.


Macam gambar kat atas tu..masa su bapa dia tengah pujuk-pujuk si anak untuk bermain...tapi kalau dapat komposisi menarik gambar pun jadi menarik..ada penceritaan pada gamabr macam tu..


Haaa..kan ada gaya..kalau mood diorang baik...gambar pun pasti menarik..jadi untuk dapatkan mood yang baik kena pastikan diorang ni cukup tido dan makan sebelum nak buat shooting..


Gambar ni saya shoot masa si kakak bergurau dengan adiknya...kakak ni minat kat otromen...adik pulak memang suka kalau kakak dia ajak bergurau...best ka..tak perlu posing maut pun..


Kadang-kadang kita akan jumpa budak-budak yang nampak macam blur tp sebenarnya diorang tengah berfikir tu..sebab kali pertama bergmbar memang macam-macam pertanyaan dalam kepala diorang ni..jadi cuba pelbagaikan prop yang boleh membantu agar mereka tak kekok depan kamera..contoh..bola..:)


Shoot budak yang bawah 1 tahun ni lagi mencabar..sebab diorang memang belum tahu apa itu bahaya..jadi kena jaga betul-betul la..tapi kalau dah dapat shot yang diingini..pasti berbaloi punya.


Gambar adik beradik jangan lupa ya..sebab tu kenangan adik beradik..bila deawasa kelak..gambar tu sangat bernilai untuk mereka..


Menarik kan? Gambar natural yang lebih bercerita..tidak perlu bergaya tapi gunakan kemahiran anda bermain cahaya dan persekitaran..


Jadi kalau berminat nak gunakan khidmat saya sebagai jurugambar anda..boleh lah hubungi saya di talian 012.882.2015...Facebook saya Ismail Rali @ Ismail Rali Pictures untuk page saya..dialu-alukan untuk like dan follow ye...jangan malu-malu..:)

No comments:

Post a Comment