Sunday, 3 April 2016

Damainya ke Kampung Kupang, Saratok


Alhamdulillah....kali ni saya nak ajak menziarahi kampung ayah.. perkampungan yang jarak perjalanan kira-kira 20 minit perjalanan air menggunakan bot laju. Lama betul tak menjejak kaki ke kampung ni. Alhamdulillah...hari tu berkesempatan pulak walaupun tanpa perancangan. Dengan izin Allah semuanya berjalan baik. Anak-anak pulak memang tak pernah merasa naik bot laju macam ni...seronok diorang cakap.

Perkampungan ni walaupun agak kecil tetapi betul-betul memberi impak kedamaian. Syahdu. Kalau diikutkan hati memang nak sangat duduk di kampung gini je. Apa nak buat..dah kerjaya terpaksa di bandar besar.



Ni Kak Long..orang yang penuh tanggungjawab dan memahami setiap adik beradiknya. Kakak memang nak ziarah ayah pun sebab tu masa nak pegi tu tanya dia dulu. Jadi perancangan berjalan lancar la. Nasib bertambah baik sebab ada penduduk kampung yang sanggup bawa kitorang menggunakan dua buah bot. Saya dan kakak naik bot Ketua Kampung manakala 2 anak bujang saya naik yang sebuah lagi. Memang baik hati penduduk kat sini. Diorang tak caj pun malahan masa nak bagi duit minyak diorang cakap memang ikhlas nak tumpangkan. Sebab tu bestnya duduk kampung. Moga dimurahkan rezeki ye bang..:)













Ni adalah beberapa permandangan Kampung Kupang yang boleh kita lihat dari sungai. Yang last sekali tu antara pengangkutan yang biasa digunakan penduduk kampung untuk berulang alik ke Saratok. Jem?..hahaha...tak akan jumpa jem...jadi takde la stress nya..:)



Ni gambar ayah bersama anak dan cucunya..:)



Ni pulak gambar budak-budak tengah seronok bermain buaian kat kampung. ' Wak Pey ' kalau pakai bahasa kampung kitorang. Bestkan. Tak perlukan gadjet untuk jadi seronok. Main buaian sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.



OK, kalau tempat korang benda ni dipanggil apa?..Kat kampung kite, kitorang panggil UDAT.  Sekarang ni jarang lihat orang pakai ni. Gunanya untuk simpan air bagi kegunaan harian.



Ni rumah ayah. Penuh nostalgia. Damai.









Yang ni pulak antara aktiviti harian penduduk kampung. Nelayan. Tempat ni memang banyak udangnya. Tapi hati kena berani dan cekal la kalau nak turun ke sungai. Sebab kat sini antara habitat popular sang bedal.


Tak caya?..ni antara shot yang dapat saya kongsikan. Sang bedal menyusuri pantai dan terus menyelam ke dasar sungai setelah melihat ancaman. Jadi kena hati-hati la kalau kat sungai sini. Baik lah..ni je dapat saya kongsikan sedikit gambar yang saya perolehi masa menziarahi ayah ari tu.

No comments:

Post a Comment